Jumaat, 29 April 2011

RAJAWALI PRODUCT MARKETING

Pengarah Urusan RAJAWALI PRODUCT MARKETING En.Ab Hadi b Ab Rahman bersama exco kerajaan negeri kelantan YB Dato' Husam Musa dlm satu majlis di shah alam baru-baru ini...sy sbagai  rakan niaga kawasan Ampang & Ulu kelang mendoakan semoga pengeluaran produk kopi rajawali bertambah maju dan berjaya insyaALLAH,,,,

Isnin, 25 April 2011

Mercu tanda kebangaan rakyat malaysia,,,

KLCC


                                                              KLCC

Khamis, 21 April 2011

sisipan sebelum solat jumaat

PEDOMAN
Sentiasa membaca surah Al - Falaq sebelum tidur kerana surah ini adalah pendinding dari serangan hasad dengki,kerana ia menyerang sesiapa sahaja yg lemah imannya tidak kira si kaya atau si miskin,,,,,
org alim atau org tidak berilmu,pemimpin atau rakyat jelata mereka semua terdedah dgn hasutan syaitan.
 Pengdengki jg sudah membuka pintu permusuhan bkn hanya kepada orang yang didengki namun kepada Allah yg memberi kebaikan kepada saudaranya,,,,,,,,

Persahabatan Kerana Allah Akan mendapat Rahmat Allah Dunia dan Akhirat

Nabi SAW yang menjelaskan ciri-ciri sahabat yang baik.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Barangsiapa menutup rahsia saudaranya, nescaya Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Apabila kalian telah berjaya beroleh sahabat sejati berteraskan iman dan takwa, perlulah diberi perhatian terhadap langkah-langkah yang menyuburkan ikatan ukhwah tersebut :
1. Mengasihi saudara sesama Islam semata-mata kerana Allah SWT
2. Mengucap salam bila bertemu
3. Sentiasa menziarahi terutama ketika sakit 
4. Sentiasa saling mendoakan
5. Menolong ketika kesempitan
6. Memenuhi jemputan
7. Memberi ucapat tahniah dan takziah
8. Saling memberi hadiah
9. Tidak memutuskan silaturahim dan memulaukan
10. Bertolak ansur dan saling memaafkan
11. Bermanis muka bila bertemu
12. Sentiasa jujur dan ikhlas inginkan kebaikan sesama saudara seislam
13. Memberi tempoh yang diperlukan untuk dia membayar balik hutangnya
14. Bersangka baik dan tidak mudah mempercayai berita fitnah mengenai dirinya
15. Membantunya mencarikan pasangan hidup yang baik jika dia belum berumahtangga

Pada hakikatnya, persahabatan yang baik memerlukan perhatian dari kita untuk mengawalnya dari dirosakkan oleh gejala-gejala liar sepertimana maksud sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Janganlah kamu saling putus memutus hubungan, janganlah kamu saling berpaling tadah, janganlah kamu saling benci-membenci, janganlah kamu saling berhasad dengki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidaklah halal bagi seorang muslim berpaling dari saudaranya lebih dari tiga hari". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Setiap masa kita dituntut untuk mencari sahabat yang baik, apalagi dengan mencari pasangan hidup iaitu suami atau isteri. Pasangan suami-isteri tentu saja akan menjalani hubungan bukan hanya seketika. Bahkan suami atau isteri akan menjadi teman setiap masa. Sudah sepatutnya, kita berusaha mencari pasangan yang soleh atau solehah. Dengan ini akan membuat kita semakin teguh dalam menjalani agama.

Oleh;; abubasyer

Ciri-ciri usahawan berjaya,,,

JIKA mahu dinyatakan dalam satu ayat, usahawan itu mempunyai sifat sentiasa inginkan kecemerlangan dalam usaha perancangannya. Itulah sebabnya dikatakan bahawa usahawan itu hidup bernafaskan kejayaan. Usahawan sentiasa ingin berjaya dan bersungguh-sungguh berusaha untuk berjaya.


Adakah anda tergolong di kalangan usahawan yang berjaya? Baca lebih lanjut untuk mengetahui sifat-sifat penting sebagai seorang usahawan berjaya.

Berikut adalah antara sifat penting yang perlu diketahui:

1. Keperluan untuk kejayaan
Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

2. Hasrat untuk menerima hasrat
Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.
3. Bebas dari aspek fikiran dan tindakan
Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan mem¬bantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut dilakukan.

4. Menyelesaikan masalah
Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.

5. Sering mengharapkan masa depan yang baik
Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.

6. Mencari persekitaran yang baik
Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.

7. Keupayaan mempraktikkan sesuatu
Satu formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.

8. Tampuk kawalan
Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

9. Kepercayaan timbal balik dengan orang lain
Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.

10. Keyakinan terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawan
Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.

11. Kesediaan menerima tanggungjawab
Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.

12. Keupayaan mencuri peluang
Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan me¬ngaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupay¬a¬an mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti pen¬ting seseorang usahawan berjaya.

13. Mempunyai cita-cita lebih tinggi
Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.

14. Konsep diri yang positif
Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan me¬lihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15. Belajar dari keputusan
Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

16. Berperasaan tidak puas hati dan mahu berubah
Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

17. Berorientasikan perancangan
Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan.

18. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat
Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

19. Menetapkan matlamat
Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.

20. Ubah suai pentadbiran
Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.

21. Kemahiran pengurusan
Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.

22. Rasa kemanjuran (semangat waja)
Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya

23. Kepimpinan
Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.

24. Kuat berusaha
Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.

25. Pandai membuat keputusan
Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan pernia¬gaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.



" Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.

Selasa, 19 April 2011

Buat wang dengan bisnes sendiri

Apakah erti kekayaan adalah dengan memiliki rumah yang besar, kereta yang mewah, harta yang melimpah atau bisnes yang untung juta-juta? Jika inilah gambaran kita tentang kekayaan, ia sama seperti yang difahami oleh orang-orang Barat hari ini iaitu ‘mengumpulkan kekayaan (the accumulation of wealth)’ – siapa yang berjaya menghimpunkan harta yang banyak, jadilah dia orang kaya.
Kita ambil definisi Barat ini dan cuba bertanya kepada diri sendiri, ‘kenapa kita tidak kaya-kaya lagi?’ Jawabnya ialah kerana kita tidak berusaha memperkayakan diri sendiri. Sebaliknya memperkayakan orang lain.
Perkara pertama dan utama untuk menjadi kaya dan mempunyai wang setiap masa ialah memiliki sekurang-kurangnya satu perusahaan sendiri yang menjana wang. Kekayaan harta benda adalah hasil pekerjaan sendiri, suatu yang praktikal dan boleh dirasa. Menganggap kekayaan umpama terjumpa harta karun sudah tidak relevan masa kini.
Di Amerika Syarikat, jutawan-jutawan muda hari ini berusia di bawah 30 tahun kerana mereka menguasai mesin menjana wang iaitu kepintaran dan kebijaksanaan mengeksploitasi internet. Kita juga boleh menjadi kaya jika memiliki dua sifat ini dan berusaha dengan tenaga dan fikiran sendiri.

oleh; Zahir zainuddin(Researcher)

Khasiat susu kambing



1- Kandungan potassium & calcium yg tinggi serta kandungan sodium yang rendah.
Dapat membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
   
2- Mengandungi bahan riboflavin
Untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
   

3- Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi
Dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
 

                      kopi rajawali juga mempunyai campuran susu kambing
                                                                      
4- Mengandungi faktor anti barah.
Kandungan mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
   
5- Kandungan PH beralkali
Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi....

Isnin, 18 April 2011

Kampung halamanku,,,,

inilah pemandangan jalan masuk ke kampung aku yg permai dgn sawah padi terbentang luas....kampung jambu merah,melor.....

Sabtu, 16 April 2011

Hujan pagi membataskan aktiviti luar,,,

mengikut planning pg td nak g memancing kat ulu yam,,disebabbkan cuaca hujan drp pg smpi la ke tgh aktiviti itu terpaksa dibatalkan....huissshhhh..
ermmmm..apalagi aku mengadap laptop je la kat umah..insyaALLAH klu cuaca sblah ptg ok nanti bleh la g mancing tp bkn di ulu yam laa,,,mungkin di tasek metropolitan,kepong plak..hehehe
mmg dh lama kotak alatan mancing dgn joran nye skali x digunakan ni,,mmg dh boring tahap cipan dok beperap kat umah...inilah jadinye klu org tua sruh kawen tp x kawen-kawen lg....ahahahahahks....
apa-apa pon kite tgk dulu cuaca ptg ni plak cmne...hahaha

Khamis, 14 April 2011

PENGALAMAN SEMASA KOMA,,,,,


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah benar, pengalaman seorang sahabat yang telah mengalami koma (kritikal & tidak sedarkan diri). Semasa beliau koma, beliau telah merasai sendiri beberapa pengalaman yang unik yang dapat dijadikan pengajaran atau iktibar untuk kita semua.   Kisah benar ini ditulis berdasarkan cerita yang telah dikongsikan oleh beliau sendiri. Bacalah dengan penuh perhatian dan ambil pengajaran daripada kisah tersebut.   Pengalaman Koma Yang Begitu Menginsafkan.   Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya.   Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.   Pada bulan Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.   Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.   Sewaktu beliau koma   Beliau telah didatangi oleh malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas agar Allah memanjangkan usianya.   Beliau agak kebingungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini.   Jawab malaikat itu baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.   Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.   Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi.   Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, "adakah tuan akan mencabut nyawa saya sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan?"   Jawan Malaikat “Ya:.   Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian.   Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan.   Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat jam 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan!   Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.   Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.   Pengajaran: 1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.   2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih padanya kalaupun dia mati.   3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa mereka tidak ikhlas, termasuklah saya.   4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan   5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.   6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.   7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.   8. Beliau banyak kali menyakiti hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.   9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar   10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian   Sahabat: Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui kisah dan tauladan ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.   Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga. Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka. Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Maka selalulah memberi… 


       

Rabu, 13 April 2011

KHASIAT GOJI DALAM KOPI RAJAWALI

Salah satu khasiat goji ialah ia membantu menormalkan gula dalam darah dalam badan kita.
Goji telah digunakan di China sebagai rawatan untuk penyakit kencing manis bertahun lamanya dimana kandungan polisakarida dalam goji dapat membantu untuk menyeimbangkan gula dalam darah dan tindakbalas insulin.

Goji juga mengandungi beaine, dimana boleh mencegah penyakit bengkak hati dan kerosakan saluran darah yang biasa terjadi terhadap pesakit kencing manis.
Telah terdapat banyak testimoni dengan pengambilan Goji Guarana yang berterusan, ia dapat membantu mengubati  pesakit kencing manis. Pihak kami akan berusaha untuk mencari testimoni pesakit kencing manis selepas pengambilan Goji Guarana ini.
Nota: Sumber gambar dari about.com
MENINGKATKAN TENAGA DAN STAMINA
Goji memiliki 4 polisakarida, iaitu LBP-1, LBP-2, LBP-3 dan LBP-4 yang bertindak sebagai Master Molekul dalam tubuh. Polisakarida LBP goji menyebabkan pertambahan toleransi senaman dan stamina serta membantu mengurangkan keletihan. LBP goji menambah simpanan glikogen ( glikogen merupakan sumber tenaga utama badan).

LBP Goji juga membantu pemulihan selepas sesuatu senaman. ia dapat mengurangkan kesakitan pada otot dengan menambah aktiviti asid laktik yang menyingkirkan enzim lactate dehydrogenase. ia juga mempercepatkan penyingkiran darah nitrogen urea, toksin yang dihasilkan ketika bersenam.

Ahad, 10 April 2011

KENANGAN,,,,,,,,,

Hidup ini penuh kenangan...yang mendewasakannya ialah pengalaman,yg mematangkan pula ialah cabaran.Pahit manisnye sukar untuk dikenang, sayang sekali untuk dibuang.Dimiliki...disayangi...menjadikan kehidupan itu suatu yang cukup bermakna dan indah.Namun selama mana mampu kita miliki yg indah-indah..Sesekali bukan diri tidak diuji....sesekali bukan diri tidak kecundang di tangga harapan.Menganjak ke usia dewasa,meneroka ke suatu era yg lebih matang............................,,,,,,

Gambar sekitar majlis gotong-royong memasak


penolong kanan Pn Norzah (tudung kuning) bersama guru2 memotong bawang


                   saya sedang menolong cikgu nor hamizan masak kari ayam


                                          sedang buat acar timun

 
             cikgu Rosni@kak rosni org kuat SMKTP sdg blend bawang,,,huhu


                                   cikgu mustapa tauke air,,,,hehehehe..


                   minuman utk guru2 hr tu ditaja oleh KOPI RAJAWALI..hohoho

Sabtu, 9 April 2011

Gotong-royong memasak di sekolah,,,,,

perghhhh,,,,,,hari ni cukup meriah acara memasak nasi hujan panas dgn kari ayam b'sama guru2 SMKTP..acara bermula jam 8 pagi lg dgn diketuai oleh cikgu norhamizan selaku ketua tukang masak dan dibantu oleh guru2 lain,,hohoho..
aku pon turut terlibat sama...apa yg aku kagum adalah hubungan guru2,staf n pelajar2 sgt mesra seperti satu keluarga dan saling tolong menolong...aku berharap hubungan sebegini dpt dikekalkan utk selamanye sbgai satu contoh tauladan kepada para pelajar.....